"Janganlah kamu melupakan zikir (ingat) kepada Allah. Para ulama telah berkata: "Barang siapa lupa kepada Allah, maka benar-benar dia telah mengkufuri-NYA". Setiap orang yang terlalu mudah melupakan (Allah) dan tidak merasakan lebih sakit dari pada dihentam dengan pedang, maka dia itu sebagai pendusta (kalau mempunyai maksud untuk wushul kepada Allah) dan tidak akan sampai kepada sesuatu di dalam menyusuri jalan Thariqah". Para Thariqah juga berkata: "Apabila ada orang yang telah ma'rifat kepada Allah meninggalkan zikir walaupun hanya dalam masa satu nafas atau dua nafas maka Allah akan melepaskan setan sehingga setan itu selalu menemaninya. Adapun kepada orang yang belum ma'rifat, maka Allah masih bisa mengampuninya dan tidak akan menyiksanya kecuali bila di dalam meninggalkan zikir itu selama satu minit atau dua minit, satu jam atau dua jam sesuai dengan tingkatan-tingkatannya.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Rasulullah saw. Allah telah berfirman: " Aku menurut apa yang menjadi perasangka hamba-Ku kekpada-Ku Dan Aku selalu bersamanya apabila dia selalu ingat kepada-Ku. Apabila dia selalu menyebut nama-Ku di dalam hatinya, Aku-pun selalu ingat kepadanya di dalam Dzat-Ku. Apabila dia selau menyebut namaKu dikalangan masayarakat. Aku juga selalu menyebut namanya di kalangan masayarakat yang lebih baik dari kalangan masayarakatnya"
Firman Allah: "Kerana itu, ingatlah kamu kepada Ku nescaya Aku ingat pula kepadamu........".(S.Al Baqarah 152). Ayat di atas itu menunjukan bahawa orang yang selalu ingat kepada allah dengan taat kepada-Nya, nescaya Allah akan melimpahkan rahmat dan ampunan kepadanya. Jadi kataq"Ingat" berseti "Ta'at". Oleh sebab itu orang yang tidak ta'at kepada Allah bererti dia tidak ingat (zikir) kepada-Nya awalaupun keadaannya memperbanyakan membaca tasbih dan Al Quran.
Disebutkan di dalam hadis yang bersumber dari Khalid bin Imran: "Bersabda Rasulullah saw:" Barang siapa taat kepada Allah maka benar-benar dia ingat kepada Allah walaupun sedikit solatnya, puasanya dan bacaan Al Qurannya Dan barang siapa durhaka kepada Allah, maka benar-benar dia telah lupa kepada Allah walaupun banyak solatnya, puasanya dan bacaan Al Qurannya".
Di dalam hadis riwayat Ibnu Hibba disebutkan: "Perbanyakan zikir (ingat) kepada Allah sehingga orang-orang mengatakan bahawa (kamu) adalah orang gila." Didalam hadis riwayat Muslim, Nasai dan Bazzar, Rasulullah saw telah bersabda: "Mahukan aku kabarkan kepada kelian mengenai amal-amal kalian yang paling baik, yang paling suci disisi Tuhan kelian yang dapat meningkatkan keluhuran darjat kelian, yang lebih baik bagi kalian dari pada mengifakan emas dan perak dan yang lebih baik bagi kalian dari pada bertemu dengan musuh kalian sehinggan kalian memukul leher-leher mereka dam mereka memukul leher-leher kalian?" Mereka (para sahabat)berkata: "Baiklah, wahai Rasulullah!" Beliau bersabda:"Zikir (ingat) kepada Allah Yang Maha Agung lagi Maha Luhur".
Disebutlkan di dalam hadis riwayat Thabarani:" Tidaklah mengeluh ahli syurga kecuali pada masa yang telah mereka lawati dimana pada masa itu tidak mereka gunakan berzikir kepada Allah Ta'ala".
Diriwayatkan oleh Imam Thabarani pula: "Barang siapa tidak berzikir (ingat) kepada Allah, maka dia benar-benar telah terlepas dari iman(nya)". "Perumpamaan orang yang berzikir kepada tuhannya dengan orang yang tidak berzikir seperti orang hidup dengan orang mati". Di dalam hadis Qudsi riwayat Imam Thabarani, Allah berfirman: " Hai anak Adam, sesungguhnya jika kamu ingat kepada-Ku, nescaya kamu bersykur kepada-Ku. Dan jika kamu melupakan Aku, nescaya kamu kufur kepada-Ku".
Sehubungan dengan hadis diatas para ulama berkata:" Yang dimaksudkan lupa(nis-yan/nasiitanii) disini adalah lupa membiarkan dirinya selalu bodoh terhadap Allah serta menyekutukan-Nya dan lupa membiarkan dirinya berpaling dari Allah, dan jalan yang menuju kepada redha-Nya. Kedua erti lupa diatas sama-sama tercela dalam agama.
Diriwayatkan oleh Imam Turmudzi, rasulullah saw bersabda: "Apabila kalian melewati taman syurga, maka merumputlah kalian (ditaman itu)". Mereka (para sahabat) berkata:"Apakah taman syurga itu, wahai Rasulullah?". "Yaitu kalangan tempat berzikir (kepada Allah)".
Erti hadis diatas: Bila kelian melewati tempat orang-orang yang sedang berzikir, maka berhentilah disitu untuk turut berzikir. kerana kalangan tempat berzikir itu merupakan taman suyrga.
Diriwayatkan oleh Imam Turmudzi pula:" Barang siapa mengerjakan solat subuh dengan berjama'ah kemudian setelah itu dia duduk berzikir kepada Allah hingga matahari terbit, setelah itu kemudia solat dua rakaat, maka baginya mendapat pahala seperti pahala ibadah haji dan umrah yang sempurna".
Diriwayatkan oleh Bazzar, Rasulullah saw telah bersabda:"Orang yang berzikir dikalangan orang-orang yang lupa itu sama dengan orang-oang yang sabar (menghadapi musuh) dikalangan orang-orang yang melarikan diri ( dari musuh)". "Tidak satu kaumpun yang duduk didlam satu majlis dan mereka berpisah daripadanya tanpa berzikir kepada Allah pada waktu di dalam majlis itu melainkan mereka seakan-akan berpisah dari bangkai himar, dan ada pada mereka kerugian kelak di hari kiamat".
Diriwayatkan didalam hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah: " Tidak ada bagi anak Adam melainkan didalam hatinya terdapat dua bilik. Didalam salah satu dua bilik itu bersemayam malaikat dan di dalam bilik lainnya bersemayam setan. Apabila dia (anak Adam) berzikir kepada Allah, maka setan itu undur. Dan apabila dia tidak berzikir kepada Allah, maka setan meletakkan paruhnya di dalam hati anak Adam serta menggangunya".
Didalam hadis riwayat Ibnu Hibban, rasulullah saw bersabda:"Bakal diketahui ahli kummpulan dari golongan orang-orang mulia". Dikatakan:" siapakah golongan oran-orang mulia itu?" Rasulullah saw bersabda;" Yaitu orang-orang yang ahli duduk berzikir".
Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Rasulullah saw bersabda: "Sungguh aku duduk bersama-sama kaum yang berzikir kepada Allah Ta'ala mulai dari solat subuh sehingga matahari terbit itu lebih aku gemari daripada memerdekakan empat budak belia dari keturunan Bani Ismail".
Didalam hadis riwayat imam Ahmad disebutkan. "Kentungan majlis zikir adalah syurga". Syikh 'Issuddin bin Abdis Salam berkata: "Hadis ini dan sejenisnya isinya bisa disamakan dengan perintah syari' (yang membuat peraturan). Kerana sesungguhnya setiap perbuatan yang oleh syaari' dipuji atau yang melakukannya dipuji, atau dia diberi janji kebaikan di dunia maupun diakhirat, maka perbuatan itu tentu diperintahkan. Akan tetapi perintah itu tidak mesti wajib atau sunat. Digolongkan perintah wajib kalau memang ada dalil lain yang menunjukkan kewajipan.
Sesungguhnya hadis-hadis yang menyebutkan keutamaan zikir itu banyak sekali. Oleh sebab itu janganlah meninggalkan zikir walaupun dalam keadaan lupa. Sehubungan dengan keterangan-keterangan diatas mengenai pentingnya berzikir, maka Imam Sahl berberkata: " Berjalan kalian menuju Allah walaupun dalam keadaan pincang atapun patah tulang. janganlah kalian menanti sampai sehat. Kerana sesungguhnya menanti sampai sehat itu bererti pengangguran". Yang mempunyai kitab "Al Hakim" yaitu Syikh 'Athaillah berkata: "Jangan kamu tinggalkan zikir lantaran ketiadaan hatimu untuk menghadap kepada Allah pada waktu berzikir. Sebab sesungguhnya kealapaanmu dengan tanpa berzikir kepada Allah itu lebih payah keadaannya dari pada kealapaanmu dengan disertai zikir kepada Allah. Kemungkian kealpaanmu dengan disertai zikir itu bisa menigkatkan kamu menuju zikir yand disertai dengan kesedaran. Lalu dari zikir yang disertai kesedaran itu meningkat menjadi zikir yang disertai dengan kehadiran hati kepada Allah. Kemudian dari zikir yang disertai dengan kehadiran hati menuju zikir dengan samar dari selain apa yang disebut (dalam zikir itu). Dan tidaklah hal seperti itu sukar bagi Allah. Oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan zikir, kerana sesungguhnya zikir merupakan tiangnya jalan menuju kepada Allah dan lebih penting daripada solat".
Al Ustadz abu Ali Ad Daqqaq berkata: ' Zikir itu merupakan tiang yang kuat pada jalan yang menuju kepada Allah. Bahkan dia merupakan tongkat pada jalan ini. Sehingga tidak seorangpun yang dapat sampai kepada Allah Ta'ala kecuali dengan terus-menerus berzikir".
Syikh Abul Mawahib Asy Syadzili berkata: "Kalau dikatakan bahawa zikir kepada Allah itu lebih penting daripada solat, kerana solat itu walaupun merupakan ibadah yang besar dan penting namun kadang-kadang tidak boleh dijalankan pada sebahagian waktu (seperti pada waktu-waktu makruh). Berbeza dengan zikir dianjurkan supaya dijalankan terus menerus di dalam setiap keadaan (dimana saja, waktunya tidak terbatas dan walaupun dalam keadaan hadas)".
Kalau dikatakan bahawa zikir itu lebih penting dari daripada solat, ini bukan bererti zikir lebih utama daripada solat.
Adapun maksud sebenarnya ialah bahawa zikir dapat dikerjakan disebarang waktu dan dalam keadaan apa saja baik dalam keadaan hadas atau tidak. Sedang solat wajib dikerjakan pada waktu-waktu tertentu dan wajib dalam keadaan suci dari hadas Firman Allah: "Dan sesungguhnya mengingat Allah adalah lebih besar (keutamaannya dari pada ibadat-ibadat yang lain)". (S. Al Ankabut 45).
Dan sesungguhnya meningati Allah adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadat-ibadat yang lain)". (S.Al Ankabut 45). Selanjutnya Syikh Abul Mawahib berkata: " Para ulama berselisih pendapat mengenai zikir manakah yang lebih utama, apakah zikir secara samar (pelan-pelan) atau zikir dengan suara keras lebih utama bagi orang yang masih permulaan menjalani suluk (menempuh jalan menuju kepada Allah) dimana kekuatan hawa nafsunya masih kuat. Sedang zikir dengan samar (pelan-pelan) itu lebih utama bagi orang yang sudah mencapai tingkat akhir suluknya dimana hatinya sudah terpadu menuju kepad Allah Ta'ala.
Shikh Abul Mawahib juga berkata: "Bentuk zikir bagi seorang murid selama masih senang menuruti hawa nafsunya adalah " LAA ILAAHA ILLALLAAH". Tetapi apabila hawa nafsunya telah hilang, maka bentuk zikirnya lebih manafaat baginya adalah "kalimah Jalalah" yaitu "ALLAAH"
Ketahuilah! Sesungguhnya zikir itu merupakan ketetapan kewalian. Ertinya sebagai ketetapan dari allah bagi seseorang, dimana orang yang menjalankananya merupakan orang yang menjadi wali (kekasih) Allah. Sebagaimana berbagai ketetapan bagi raja-raja didunia dengan bermacam-macam kedinasan. Dan bagi Allah mempunyai perumpamaan sifat yang Maha Tinggi.
Oleh sebab itu barang siapa diberi pertolongan dapat secara terus-menerus zikir kepada Allah Ta'ala, maka benar-benar dia telah diberi ketetapan (oleh Allah) bahawasanya dia itu adalah wali (kekasih) Allah Ta'ala. Dan barang siapa berhenti berzikir, maka benar-benar dia telah dilepaskan dari kewalian.
Tidak semua orang dapat menjadi wali Allah. Kerana tugas seorang wali berat sekali. Tugasnya adalah iman dan taqwa kepada Allah. Tugas uty harus benar-benar diwujudkan di dalam amal dan ucapannya setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap detik. Tak boleh sekejapun tugas ini dilupakan. Oleh kerana itulah dia harus selalu berzikir kepada Allah. Kerana dengan berzikir dia akan selalu merasa takut menyimpang dari tugasnya. Sehingga seorang wali tidak pernah merasa takut dan susah. Hatinya selalu disandarkan kepada Allah. Orang yang menjadi wali Allah di dalam hidupnya di dunia dan diakhirat kelak selalu bahagia.
Firman Allah: "Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kerisauan terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Yaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar" (S. Yunus 62-63-64)