"Perbanyakan minta ampun kepada Allah kerana mengikuti Al Quran yang agung". Dalam hadis riwayat Bukhari disebutkan: "Sesungguhnya aku (Rasullah saw) selalu meminta ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNYA tujuh puluh kali dalam sehari".Menurut riwayat Muslim "Sesungguhnya hatiku selalu tertindih dan sesungguhnya aku selalu minta ampun kepada Allah seratus kali (setiap hari)".
Didalam hadis riwayat Ibnu Hibban: "Sesungguhnya kami (para sahabat) benar benar menghitung permintaan ampun Rasulullah saw di dalam satu majlis: RABBIGH FIR LII WATUB 'ALAYYA INNAKA ANTAT TAWWAABUR RAHIM (Ya Allah, ampunilah aku, sesungguhnya Engkau adalah Dzat Dzat penerima taubat lagi Maha Penyayang) seratus kali"
Yang mulia Abu Hassan Asy Syadzili berwasiat: " Hendaklah kamu selalu minta ampun kepada Allah walaupun pada hari itu kamu tidak malakukan dosa sama sekali. Angan-anganlah, Rasululah saw yang telah diberi kabar gembira dan keyakinan bahawa segala dosanya yang telah dilakukan dan dosa yang akan terjadi pasti diampuni, beliau tetap saja minta ampun kepada Allah paling tidak 70 kali bahkan sampai 100 kali".
Oleh sebab itu baik sekali memperbanyak istighfar (minta ampun kepada Allah) pada permulaan dan akhir malam serta pada awal dan akhir siang. Didalam hadis riwayat Ibnu Majah disebutkan: " Tidak ada dua Malaikat penjaga manusia yang mengangkat buku catatan amal kepada Allah Ta'ala di dalam sehari harinya, kemudian Allah melihat permintaan ampun di awal dan di akhir buku catatan, kecuali Allah berfirman:"Benar benar Aku ampuni hamba-Ku ini semua catatan dosa yang terdapat diantara permulaan dan akhir buku catatannya. Maka beruntunglah bagi orang yand didalam buku catatan buku catatan amalnya terdapat banyak permintaan ampun".
Dan perbanyakan minta ampun kepada Allah disaat saat terhenti rezekinya. Kerana ada hadis yang diriwayatkan Ibnu Hibban: "Barang siapa selalu tekun minta ampun kepada Allah, nescaya Allah menjadikan jalan keluar dari setiap kesempitan dan menjadikan jalan lapang dari setiap kesusahan serta Allah memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka".
Perbanyakan minta ampun kepada Allah sewaktu jatuh kedalam dosa. Sebagaimana hadis riwayat Al Hakim di daloam kitab Shahihnya: "Tidak ada orang Islam yang menjalankan dosa kecuali Malaikat yang bertugas mencatat dosanya berhenti selama tiga jam (untuk menanti apakah dia mau minta ampun atau tidak). Jika Allah memberi ampun di dalam sesuatu dari masa itu (kerana dia mau minta ampun kepada-NYA), maka Allah tidak menjatuhkannya kedalam dosa dan tidak akan menyiksanya di hari kiamat."
Selain itu perbanyakanlah minta ampun kepada Allah setiap selesai menjalankan sesuatu amal. Orang orang yang ma'rifat telah bersepakatmentenai disunatkannya membaca "istighfar" setiap selesai menjalankan sesuatu amal. Didalam hadis disebutkan: "Sesungguhnya Nabi Muhammad saw. selalu minta ampun kepada Allah tiga kali setiap selesai shalat lima waktu sebagai peraturan kepada umatnya dan mengingatkan kepada mereka atas kekurangan keta'atan mereka"
Dengan demikian dapatlah dimengertikan bahawa sebaiknya bagi seseorang itu memperbanyakan "istighfar" malam dan siang, baik pada waktu dia ingat akan dosa dosanya atau tidak ingat. Dengan begitu orang akan merasa aman dari turunya bencana atasnya. Kerana ada firman Allah." Dan tidaklah Allah menyiksa mereka, sedang mereka meminta ampun". (S. Al Anfal 33).
Diharuskan bagi setiap orang untuk memperbanyak istighfar (minta ampun kepada Allah) sewaktu orang orang mempunyai keyakinan bahawa dia adalah orang baik. Padahal dia pada hakikatnya berbeza dari apa yang menjadi kayakinan mereka, selama dia itu masih mempunyai perilaku yang buruk yang bakal terbongkar di dunia dan di akhirat. Maka yang sesuai dan patut baginya adalah memperbanyakan istighfar dan takut kepada Allah.
Para ulama telah mengatakan: " Sejelek-jelek manusia adalah orang yang kira baik oleh masayarakat, akan tetapi pada hakikatnya dia itu tidak sesuai dengan apa yang menjadi perkiraan mereka. Adapun dia kalau sudah mempunyai perlaku yang sesuai dengan apa yang diperkirakan masayarakat, maka baginya mempunyai ketentuan lain. Kerana diantara syarat orang yang sempurna ialah selalu melihat sifat kesempurnaannya dan sifat kekurangannya sehingga dia dapat bertindak apa yang yang menjadi kewajipannya, iaitu bersyukur dan minta ampun kepada Allah. Selama orang itu masih mempunyai sifat kekurangan, maka dia tetap berada dibawah ketetapan apa yang menjadi pandangannya, iaitu sifat kurang dan sifat sempurna di dalam dua keadaan berbeza. Kerana sesungguhnya orang itu kalau melihat sesuatu masih menggunakan satu mata. Berbeza dengan orang sempurna, dia kalau melihat sesuatu selalu menggunakan dua mata atau menggunakan mata satu, akan tetapi mata yang digunakan melihat ini tidak mendesak mata yang satunya lagi. jarang sekali orang yang mahu meneliti dirinya di dalam hal itu. Kebanyakan manusia senang bila dirinya dianngap orang yang baik dangan anggapan yang lebih tinggi dari kenyataan dirinya yang sebenarnya. Tidak sesorangpun dari mereka ini yang mahu minta ampun kepada Allah dari hal hal yang begitu".
Maksud al-Hadis Bukhari dan Muslim menyatakan " Jika engkau membuat dosa, maka minta ampunlah kepada Allah dan taubatlah daripada dosa itu ialah menyesal dan membaca istighfar dan Tujuh orang yang dinaungi oleh Allah "Azza Wa-jalla' pada naungannya hari yang tidak ada naungan selain daripada naungan Allah. ialah orang yang berzikir kepada Allah pada tempat yang sepi lalu berlinanglah airmatanya daripada ketakutan kepada Allah. Maksud al-Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
No comments:
Post a Comment